Terima Kasih

by Yani on December 18, 2011 · 2 comments in Personal

Assalamualaikum wbt.

Dalam kegelapan malam duduk sendiri satu jasad yang dulunya kecil malah sering jatuh terduduk mencium tanah namun kini berdiri teguh sendiri tanpa perlu sebarang pergantungan daripada mana-mana sang manusia alangkah bertuahnya jasad ini yang dulunya sendiri namun kini sudah punya peneman yang sering dikongsi bersama ceritera mereka yang sering diluah segala rasa pahit dan manis yang sering menjadi tempat senda gurau sesama mereka bertuah juga segalanya berjalan seperti yang dirancang namun kadang-kadang terdetik dalam hatinya alangkah baiknya alangkah indah alangkah sempurnanya seandainya telah bermula dari dulu lagi semua pasti dapat merasa sesuatu yang mana ianya dipanggil bahagia sekalipun begitu jasad itu terus bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang dan bersyukur kerana dengan hanya berdiam diri dan memohon kepada Yang Mencipta dia peroleh segala yang selama ini diminta dimohon.

 

#Alhamdulillah.

{ 2 comments… read them below or add one }

1 hafizmd December 21, 2011 at 4:45 PM

Alhamdulillah. Inilah keindahan hidup seorang manusia.

Alhamdulillah.

Reply

2 Yanie kY December 21, 2011 at 9:11 PM

Betul. Indah bila kita dapat apa yang dihajati :’)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: