Sketsa Kehidupan

by Yani on April 30, 2011 · 0 comments in Personal

Ada pun rasa bahagia itu kerana ada yang hadir.

Ada pun rasa derita itu juga kerana ada yang muncul.

Namun, lebih derita lagi saat ditinggalkan tanpa sebarang pamitan.

Dan alangkah bahagianya jika yang muncul itu akan tetap bersama sampai akhirnya tanpa meninggalkan.

Lumrah kehidupan, yang bertemu pasti berpisah, yang memandang pasti akan menoleh ke tepi, yang ke depan pasti akan sedikit ke belakang. Walaupun masih berada di bawah satu bumbung yang sama. Namun, realitinya, mereka berpisah.

Hakikat yang telah ditakdirkan pasti tidak mampu dilawan oleh mana-mana insan sekalipun. Hikmah ada disebalik apa yang berlaku. Ya, betul. Namun, tatkala bahagia mula terasa, pasti ada si penghalang yang ingin merungkai segala permaslahan.

Apakah kehidupan? Yang sering menjadi titik tolak perbandingan manusia sesama mereka. Mengapakah, si golongan pertama ini yakni insan yang tidak pernah merasa kebahagiaan secara penuh kesempurnaan akan terus ditolak arus kehidupan yang menolak lemah longlai fizikalnya. Dan mereka yang punya segalanya, akan terus terima segalanya namun seringkali tidak pernah merasa kepuasan apatah lagi kesyukuran bahkan sering menjadikan golongan pertama sebagai mangsa untuk memuaskan rasa hati mereka dengan merampas hak kebahagiaan itu.

Haih.. dunia. Yang kaya akan terus kaya, yang miskin akan terus ditindas. Begitulah situasinya sekarang. Yang kaya itu akan terus mengarah sketsa kehidupan dunia, yang miskin akan terus terlibat dengan menyusun kerusi di hadapan pentas. Yang kaya akan terus menerima wang bayaran, yang miskin akan terus menerima sisa-sisa hasil kerja mereka. Yang kaya akan terus bahagia yang miskin akan terus derita menyimpan perasaan, sendirian.

Wahai manusia, sedarlah, ingatlah dunia ini bukan kita yang punya. Kita juga bersama orang lain. Dunia ini penuh dengan pelbagai ragam manusia. Perbaiki tingkahlaku, kenali diri, sucikan hati, aktifkan minda.

Kita bersama orang lain.

Kita bersama orang lain.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: