SM Sains Kuala Terengganu (SESTER) – Ini Cerita Sebenar

by Yani on February 22, 2012 · 81 comments in School

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya aku tak berapa nak pandai intro bagai ni. Straight to the point. Post kali ni tiba-tiba nak bercakap, okey tipu. Tiba-tiba rasa nak menulis kenapa anda semua yang mendapat tawaran masuk ke SESTER atau nama sebenarnya Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu perlu menerima tawaran tersebut dengan seadanya.

SM Sains Kuala Terengganu (SESTER)

Dan sekarang, aku akan bercerita berdasarkan pengalaman sendiri sebagai bekas pelajar SESTER batch ke-11 (XI,’10-’11) sekolah tersebut yang pada saat ini sedang menunggu keputusan SPM 2011. Lol. *Perlu ke sampai macam ni -_-

Pengalaman di SM Sains Kuala Terengganu (SESTER)

Pertama sekali, SESTER merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mempunyai pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja. Pelajar yang akan mendapat tawaran ni pulak adalah pelajar Tingkatan 4 sahaja yang dapat result power masa PMR tu.

Dan ni salah satu sebab kenapa aku masuk sini, sebabnya nanti bila kau masuk sekolah tu, semua student yang baru masuk tu adalah dari sekolah harian biasa. Maknanya takde lah rasa cuak sangat kan konon nak compete budak Sekolah Berasrama Penuh (SBP), semuanya sama pada masa tu. Kalau Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang budak dia dari Form 1 sampai Form 5 tu bila kau masuk sekolah tu masa Form 4 mesti rasa agak cuak dan pressure jugak ah sikit-sikit dengan budak Form 4 yang memang dah sekolah kat situ.

Ramai sebenarnya yang tak tahu kewujudan SESTER ni. Aku pun sama masa mula-mula dapat tawaran dulu. Eh bukan, aku tahu SM Sains Kuala Terengganu sebab kalau balik dari Giant ke Mydin ke on the way balik rumah mesti lalu dekat sekolah tu. Haha. Tapi SESTER tu yakni nama singkatan dia aku tahu pada saat aku check online pastu kakak aku cakap ‘oh SESTER..’ Haa, masa tu baru aku tahu SESTER. Lol.

Oleh sebab SM Sains Kuala Terengganu ni ada Tingkatan 4 dan 5 sahaja, pelajar dia pun tak ramai lah kan. Kurang dari 400, yang pasti. Tapi tu masa aku belajar dulu lah. Nanti 10 tahun akan datang rasanya dah bertambah lah kot. Err.

Ini la yang bezanya SM Sains Kuala Terengganu nak compare most of other SBPs. Pelajar tak ramai, dan sekolah pun kecik je. Agak-agak kalau kau berdiri atas tangki air, rasanya satu SESTER kau nampak dari dewan sampai ke dewan makan. Kau pun tak lah penat sangat jalan sana sini, sebab mana-mana kau nak pergi dekat je. Kalau aspuri tu keluar je pintu pagar terus nampak buku dalam kelas. Kalau aspura tu turun tangga je terus sampai pintu surau. Ni betapa aku nak bagitahu koranglah keciknya sekolah tu.

Lepas tu kan, bila pelajar tak ramai, kau belajar tenang. Walaupun alih-alih muka sama je kau nampak tiap hari, tapi kau perlu tahu sesuatu kau tak perlu sangat nak tension dengan keadaan yang ramai orang. Lol. Okey ke macam ni?

Masa aku dapat tawaran ni dulu punyalah taknak masuk kan. Yelah sayang sangat sekolah lama. Tapi, serius bila kau fikir balik masa depan, harapan mak ayah, paling kurang pun kau fikirlah sekejap walaupun sumpah sikit pun kau taknak fikir apa-apa.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ni orang cakap cerah masa depan. Bukan setakat orang cakap ah. Memang benda ni betul pun. Bukan aku nak perlekehkan sekolah harian biasa, tapi apa-apa benda ย macam tawaran biasiswa ke nak cari kerja ke, budak Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ni orang pandang. Bukan tu je, nanti kawan-kawan kau pun akan respect kau sebab masuk SBP, belum kira cikgu-cikgu lagi punyalah bangga pelajar dia masuk SBP. Hm ๐Ÿ™‚

Cikgu SESTER Memang Best

Laginya, SESTER ni cikgu-cikgu dia best. Semua best! Sumpah aku cakap. Dari subjek teras ke elektif, semua best. Since kita duduk asrama kan, mak ayah takde, yang tinggal nya kawan-kawan dengan cikgu-cikgu jelah. Kalau ada masalah, cikgu-cikgu semua okay kalau korang nak share, betul aku cakap ni. Tolonglah percaya.

Guru Dan Staf SESTER

Gambar kat atas ni gambar cikgu-cikgu dia dan semua staf. Kau nampak sikit je kan. Kan senang nanti takde lah kau lupa nama cikgu, nama staf-staf sekolah. Lol. Hahahaha.

Dari segi asrama SESTER, satu bilik buat masa sekarang 2 orang, nanti aku rasa akan datang mungkin akan jadi 1 bilik 4 orang. 1 aras ada 12 bilik dan 3 bilik air. 1 bilik air pulak ada 2 tandas dengan 3 shower room. Erk -___- detail much?

Dewan makan pun best, makan okay je. Sedap. Ala, biasalah asrama. Kau nak demand tinggi pun agaklah kan. Meja bulat okay. Bukan meja panjang.

Haaa, setiap tingkatan ada 5 kelas. Satu kelas tu pelajar dia 30 orang ke bawah. Ni masa aku dulu laa. Kot nanti bila tambah pelajar tak tahu lah dia susun macam mana. Dulu aku budak Batani! Up sikit Batani ni haaa. Hahaha.

Al-Batani SESTER

Dari segi jadual harian pulak, sekolah akan mula pada pukul 7 pagi. Kiranya agak ah bangun pukul 5.15 pagi tu mandi bersiap apa semua, turun surau untuk solat Subuh. Lepas tu pukul 6.30 pagi boleh makan. Sekolah akan mula dengan roll-call. Roll-call ni setiap hari kecuali Ahad. Hari Ahad akan ada pehimpunan di dewan sekolah takpun akan ada mentor-mentee.

Sekolah akan tamat pada pukul 2.30 petang. Masa ni korang akan gerak ke surau untuk solat Zohor berjemaah. Lepas tu pergi makan. Pukul 3.30 prep petang. Habis je prep pukul 4.30 petang korang akan gerak ke surau siap-siap nak solat Asar berjemaah.

Lepas tu aktiviti riadah. Nak pergi dewan makan minum petang dulu pun boleh. Dalam pukul 5.30 petang macam tu baru boleh masuk asrama. Pukul 6.30 petang dah boleh makan malam, then gerak pergi surau untuk solat maghrib. Dalam pukul 8 camtu prep malam.

Pukul 10.30 malam pergi surau untuk solat Isyak then boleh masuk bilik tidur. Kalau nak compare SBP lain aku rasa jadual ni dah cukup belas kasihan dah ni. SBP lain lagi packed jadual dia. Serius aku cakap. Hmmm. Tapi ni masa zaman aku dulu lah kan. Sekarang tak tahu dah macam mana. Kalau berubah pun sikit-sikit je rasanya. Hek eleh, suka hati pulak. Hahahah.

SESTER Memang Cool Dari Segi Pakaian

Pakaian pulak, SESTER cool je. Orang lelaki memang ah kan, masa prep tu kena pakai tshirt kolar, tapi cool je pakai baju sendiri. Perempuan pun sama, prep petang pakai tshirt, malam baju kurung. Tudung pulak boleh kaler-kaler. Kalau sekolah lain, haremmm kau nak pakai tudung kaler-kaler, hitam putih je tahu. Tshirt pun suka hati je pakai tshirt sendiri tak terikat dengan tshirt sekolah.

Yang paling best, untuk pelajar Tingkatan 4, masa korang masuk nanti akan ada Kursus Asas Kayak. Ni memang acara tahunan untuk pelajar Tingkatan 4. Mungkin korang akan penat sikit la, tapi sumpah kayak ni the best ever yang sekolah lain takde okay. Semua pelajar terlibat.

Kursus Asas Kayak SESTER

Lepas tu, sekolah ni dekat dengan bandar Kuala Terengganu. Kalau korang outing pun senang. Hotspot untuk outing aku rasa Mydin, Giant, MPKT. Memang tu je lah kan yang ada kat KT ni. Tapi yang nak bagitahunya, senang lah korang nak outing. Tak jauh. Kalau bas sekolah tak hantar pun, jangan bimbang. Pak guard sekolah tu ada simpan nombor teksi. Lol. Hahaha. Tapi, betul ni aku cakap. Serius.

Dari segi pulang bermalam tu. Ni aku tak tahu lah nak cakap macam mana. Kadang 3 4 minggu baru balik, kalau ada cuti umum tu memang sah-sah balik la, tapi kalau sehari je cuti contoh cuti hari Isnin biasanya tak balik ah, duduk je sekolah tu meronggeng dengan kawan-kawan. Best whattt.

Kalau ada yang bimbang pasal buli, jangan bimbang. SESTER takdenya buli-buli. Setakat gurau-gurau manja tu ada lah kot. Lol. Biasa ah. Cakap asrama kan. Tapi nanti bila kau keluar sekolah, tu la benda kau paling rindu.

Aku rasa setakat ni jelah, apa-apa nak tanya. Boleh drop comments. And sini, portal SESTER. Tadi sempat aku tanya budak-budak XI sebab apa perlu masuk SESTER, ni antaranya. Haram jadah punya jawapan -___-

Siti Huda/Ain Amanina – Sebab kakak dorang sekolah dekat situ. Aku tak tahu lah apa relevannya -__-

Nur Amanina “Sebab takdir kita dah tertulis dan bawak kita ke SESTER”. Jadi korang yang dapat tawaran tu mungkin patut sedar ni takdir korang. Ehek.

Siti Huda (lagi) “Sebab boleh jumpa orang gila-gila.” Apalah budak ni -___- Mesti nanti korang seram kan nak masuk SESTER. Muahhaa. Tapi sebenarnya maksud dia ni, budak-budak SESTER ni semua best-best okay. Lol.

Fayyadhah Nurul“Sebab daripada pandang rendah atau pandang tinggi kat budak SBP, lebih baik kalau kita yang rasa sendiri.” Haa yang ni aku suka. Betullah apa yang dia cakap tu. Tapi kau jangan nak setakat rasa je, tak sampai seminggu kau dah nak keluar, duduk dulu 2 3 bulan ke, baru betul-betul rasa.

Abdul Muim“Sebab Ang dengan Abid suruh aku masuk SESTER.” Muim, Ang dengan Abid ni sekolah yang sama dulu. Ang first intake, Abid second intake, Muim third intake. Cool whatt. Kalau kau alami situasi macam ni, untunglahh.

Abdul Muim (lagi) –ย ย “Sebab kerajaan buat untuk kita masuk dan belajar sana.” Haa ni pun aku suka. Kau kena sedar. Bila kau dah terima tawaran tu, kau adalah orang paling bertuah dalam dunia. Kau tahu berapa puluh ratus ribu yang apply nak masuk SBP dan yang terpilihnya sikit sangat okay nak banding dengan yang mintak. Dan kau salah satu. Tak silap aku kerajaan hampir membelanjakan RM 50,000 untuk setiap pelajar SBP, aku ingat-ingat lupa je ni, hari tu ada Teacher Yus cakap. *kalau silap, mintak betulkan.*

Amir Adzhari“Semua tu dah tertulis di bawah takdir yang dibuat oleh Allah SWT.” Ni sama jelah kan dengan Nur Amanina tadi.

Nur Atikah – “SESTER ajar berdikari.” Simple, tapi makna dalam. Since keluarga takde, kau dapat belajar macam mana nak survive sendiri. Nanti masuk U ke dah kau cakap sangat nak pergi overseas kan, nanti kau sorang-sorang je kat sana. Ini la orang cakap titik permulaan kau nak belajar survive sendiri. Aiceceh.

Raja Naima“Sebab kat SESTER, kita belajar erti hidup, kawan dan sayang :)” Pergh. Ini paling best. Hahaha. Bukannya kat sekolah kau, tak dapat belajar semua tu, tapi bila dah masuk asrama ni, kawan-kawan kau lah keluarga yang kau ada.

Budak-budak ni semua budak batch aku. Tak sempat nak tanya budak batch lain. Aiceh.

Haaa. Lagi satu, budak 2nd, 3rd, 4th intake sekali pun. Korang tak payah nak gelabah sangat, cuak ke apa ke. Budak-budak first intake tu bukan hebat sangat pun. Muahahaha. Okay, jahat dah. Maksud aku, watlek dah. Semua orang masa ni nak adapt dengan dengan diaorang punya new surrounding. Okay?

Dan budak first intake pulak, mentang-mentang korang first intake tak payah la nak tunjuk hebat sangat. Jangan lah nak diskriminasi budak-budak yang baru masuk tu sebab korang tak tahu, mungkin nanti budak-budak yang baru masuk tu lagi hebat dari korang sebenarnya. Betul aku cakap ni. Serius tak tipu.

Sebelum aku lupa, ni aku nak bagitahu, 1, 2 minggu pertama di sekolah mungkin akan jadi the worst ever week kau kat situ. Jadi jangan bimbang sangat ah, jangan nak balik dulu. Sabar dulu. Kejap je. Aku rasa semua orang rasa minggu paling teruk ni. Days onwards, baru lah kau tahu best rupanya SESTER ni. Ceceyyh.

Dan pesanan kepada kaki online lah kan, serius aku sarankan kalau kau dapat tawaran masuk ke SESTER ni atau mana-mana asrama lah, lebih baik kau pergi sebab cara belajar PMR dan SPM tak sama. Ni aku bercakap pada pengalaman aku lah ni. Serius aku bersyukur sangat bila masuk asrama maksud aku bila masuk SESTER ni lah. Sebab aku rasa kalau dekat rumah mesti aku langsung tak sentuh buku. Lol. Kesian gila kan. Haish. Tapi toksah bimbang sangat lah sebab kat SESTER ada CC kau tahu. Dah sekarang aku dengar SESTER pun dah benarkan pelajar-pelajar dia bawa laptop ke sekolah. Cool gitu~

All in all, aku harap ini membantu sedikit sebanyak pada siapa-siapa yang agak-agak masih keliru tu nak masuk ke taknak SM Sains Kuala Terengganu (SESTER). Aisehh. Walaupun Form 4 dah masuk untuk 2012 ni, mungkin nanti budak-budak 2nd intake tu nak tahu ke apa ke. Dan budak-budak tahun akan datang ke. Manalah tahu.

Akhir kata, sama-sama lah kitaย Menjana Kecemerlangan Jati Diri. Sekian, wassalam.

 

**Huu, gambar ni semua I cilok dekat Facebookย ni. Hahaha. Watlek watcool yer Cg Jeff (Y)

{ 81 comments… read them below or add one }

1 mat abu. February 22, 2012 at 11:59 PM

sayuuu ak bace mnde hop mu tulih…sobsob
teruskn usehe nehh!!!

Reply

2 Yani February 23, 2012 at 11:33 AM

Nebeng. Hahaha.

Reply

3 nad alias February 23, 2012 at 5:36 PM

yanie, rindu sester doooo :'(

Reply

4 Yani February 23, 2012 at 5:42 PM

Hahahaha. Samelaahhhh. Rasanya semua orang pun rinduu ๐Ÿ™
Ceceyy.

Reply

5 ctja February 23, 2012 at 5:47 PM

terharu aq bce mnde nie….
SESTER – mmg x prnh trfkr pom nk msk kt c2..sbb aq lgsg x cdar skul 2 wjud sbnrnye…first aq thu SESTER n kenal skul tu mse aq dftr la….dh la dpt kwn cool gler…..
perghh duk sester bru rse live a life..klu x rse erti khdpn…
#sori pjg ckit…sbb byk idea t’kuar ble kait nge sester nie…=D

Reply

6 Yani February 23, 2012 at 5:53 PM

Hahahaha. Patotnya mu reply comment aku dekat group. Boleh masuk nama mu dalam post ni. Hahahaha. Tapi takpe lah, comment kat sini pun jadi ๐Ÿ™‚

Reply

7 amir adzhari March 4, 2012 at 5:37 PM

bile ingat smula tntang skolah nie……….
sebok skjp psl mikir saing 2 aku yg aku syg……..
yg tolong aku tntang pelajaran, adab2, segalanye………
aku x kan lupakan BATCH XI………..
walaupun aku pergi merantau sampai ke China pun…….
huhu……

Reply

8 Yani March 4, 2012 at 8:47 PM

Touching lebih laa Amir ni. Hahah.

Reply

9 Syarmim March 6, 2012 at 11:17 PM

SESTER..
Setelah setahun jiwa dan raga ini meninggalkannya..
Tiba- tiba tergerak- gerak jari ini untuk komen..
Yer, SESTER telah mengajar kita semua untuk hidup berdikari,
walaupun kita dimanjakan dengan pelbagai facilities..
Aku tahu, diri ini langsung tidak layak untuk dipanggil sebagai budak SESTER..
Cukuplah, setahun dah mencukupi bagiku untuk mengenali SESTER..

YA ALLAH, first time guna ayat2 skema cmni..haha..maaf yer

Reply

10 Yani March 7, 2012 at 1:32 AM

Lol. Pekes KP kitee. Hahaha.
Mana ada mcm tu. Mana ada tak layak apa semua.
Syarmim Sesterian lahhh ๐Ÿ™‚

Reply

11 budak sester March 9, 2012 at 11:06 AM

salam kak . sy baru je masuk sester minggu lepas , 2nd intake . baru nk kenal bumi sester ni ๐Ÿ™‚ tapi yg paling x best , budak 1st intake giler bajet dgn budak 2nd intake . yela , kitorang kan baru masuk . mana tahu lagi pantang larang sester . tapi diorang cam tegur tu nk marah2 . cth la kan , dye ckp masa riadah x boleh ada dlm asrama . nanti kene dimeried . mana la kitorang taw kena dimeried sume tu . x pasal2 kena marah . aduh , budak 1st intake pulak mcm senior . hmmm ๐Ÿ™

Reply

12 Yani March 9, 2012 at 2:00 PM

Wsalam dik. First sekali tahniah tau sebab adik dah buat keputusan terbaik masuk SESTER ni. Mula-mula ni memang lahh macam tu, biasa lah, mungkin budak-budak first intake tu dia rasa lagi lama kat situ dan lebih kenal lah SESTER ni dari korang yang second intake ni. Tapi bukan salah dorang jugak, mungkin awak pun kena akui dah dia yang masuk dulu, mungkin dia tahu lebih sedikit lah dari awak. Mungkin cuma cara dia yang silap menegur. Alaahhh, tak payah bimbang. Mula-mula ni mungkin akan ada sedikit gap antara first dan second intake, nanti lama-lama semua akan okay. Nanti korang akan sedar gap tu tak perlu lagi sebab korang sebenarnya satu batch. Dan semua orang ada peranan masing-masing nak naikkan nama batch korang. Nanti kita jumpa di SESTER lah ye! 22Mac ni. Hihi ๐Ÿ™‚

Reply

13 budak sester March 10, 2012 at 10:14 AM

awal2 tu memang la ada terasa sikit dengan diorang . tapi bila fikirkan balik , ada betul jugak dengan apa yg diorang ckp . kebanyakkan 1st intake ni okay je dengan 2nd intake . tapi kan kak , biasa lah kan . x semuanya baik . ada jugak yang kurang baik . haha . sy x tuju kat sapa2 pun . cuma adat lah kan , dalam dunia ni bukan semuanya baik ๐Ÿ™‚ anywy , goodluck kak . banyakkan berdoa ๐Ÿ™‚ hopefuly akak dapat 9A+ . insyaAllah , semoga Allah makbulkan ๐Ÿ™‚

Reply

14 Yani March 10, 2012 at 12:44 PM

Haaa. Tu biasalah dunia ni macam-macam jenis orang. Kat mana-mana pun kita kena jaga diri kita. Biar orang buat tak baik, tapi jangan kita buat tak baik. Kalau tak, takde bezanya kita dengan dorang.

Yer, terima kasih. InsyaAllah ๐Ÿ™‚
Awak pun sama, nanti-nanti exam leklok tau. Hihi. Goodluck jugak ๐Ÿ™‚

Reply

15 yadah March 19, 2012 at 4:39 PM

eheh..aku baru baca yanie!
setuju untuk semua di atas!
rindu nk demam dlm bilik mu..huhu

Reply

16 Yani March 19, 2012 at 5:39 PM

Macam-macam la muu. ade saboh rindu nk demam -___-‘

Reply

17 budakserius March 19, 2012 at 8:08 PM

Fuhh.habes ak bca.haha

Reply

18 Yani March 19, 2012 at 10:09 PM

Hahaha. Mu pon kena buat ni! Heheh.

Reply

19 tuan rohayu suhada March 21, 2012 at 7:03 PM

salam…aq bdk batch 10 or batch X…SESTER????sblom aq dpt twran sbp,aq xknl pon sester…mle2 dpt twran mmg tkboh msk tpi rmai mmber2 suh msk coz diorg kte klu msk sbp ad keistmwaan,org mmg akn pndg tngi pd bdk sbp…lps je msk sbp,mse mngu orientasi mmg x beh sngt la tpi lps tu,mmg beh r…hdo aq kt sester mse form4 mcm hdp dlm stu fmily yg bsr,mmg sngt2 best lgi2 klu dpt mntor yg sporting…msk la sester klu dpt twran,jgn lps kn pluang yg ad di dpn mte,cnfirm korg x kan rgi msk sester…:)

Reply

20 Yani March 21, 2012 at 9:02 PM

Ohoi Kak Ayu! Heheh. Yer! Memang rugi pun sape tak masuk SESTER! Hahaha. Cikgu2 memang semua best!

*Bila masuk SESTER mmg sah kita akan dapat satu family besar yang baru ๐Ÿ™‚

Reply

21 zulhairi March 31, 2012 at 10:14 PM

salam,, hai korang,, mcm na nak msuk sklah ni,,

Reply

22 Yani March 31, 2012 at 10:25 PM

Wsalam.

Kalau awak baca dr awal post ni, sekolah ni cuma ada Form 4 dan Form 5 je. Means, awak kena score masa PMR tu. If you got straight A’s, apply lah SBP mintak sekolah ni. InsyaAllah dapat. Even 7As pun, kalau rezeki awak, insyaAllah dapat.

Reply

23 shiro April 5, 2012 at 10:10 PM

Yes, thumbs up…;D
hm, klau dfikirkan blik, sester mmg tmpat yg best n mnarik seolah2 dpat life yg bru n brlainan dri life sblum ni
friends pun caring n bnyk mmbntu di saat2 mmrlukan…
tpi duk kat sni, mmg kna pndai jga dri ar…but well, dont worry…everyone is here, friends, teachers…semua baik2 ,klau nk tau apa2 tnya jer kan..yani ๐Ÿ˜‰

Reply

24 Yani April 6, 2012 at 11:17 AM

Tahu takpeeeeeee. Hahaha.

Reply

25 mck April 13, 2012 at 2:22 PM

salam semua kpd semua yg menulis blok ni…. mck sokong 100% sek ni memang terbaik yg pernah mck lawati terutama student2nya yg amat menghormati sesiapa yg dtg ke sek mrk…. syabas utk semua….dri sini juga lah siapa yg dtg dpt menilai sesebuah sek tersebut…..so nasihat mck pelajar2 yg dpt tawaran mana2 sbp jgn lah menolak tawaran tersebut……

Reply

26 mck April 14, 2012 at 3:20 PM

nanty saye pon nk masok lah sekolh nie]

Reply

27 Yani April 17, 2012 at 1:52 PM

Silaaaa lahhhh. Hhehe. Form berapa ni btw?

Reply

28 kingkong96 May 10, 2012 at 6:43 PM

kak, sy ad mslh nie.. sy bru thu kwujudan koloh nie.. sy nk g sgt skoloh nie tp sy x pnoh pom wt p’mohonan ke skoloh nie.. skunk dh bln 5.. ad pluang ag er nk minx ? sy angau gler dah ngan skoloh nie.. aduyai.. bkn takdir sy nk msuk koloh nie op? cdeyh banget.. huhu.. klu r sy thu lbih awl……………………………………

Reply

29 Yani May 10, 2012 at 9:44 PM

Rasanya dah takde kot. Takpe belajar mana mana pun okay. Asal usaha, insyaAllah blh berjaya. Goodluck!

Reply

30 mat yeen July 19, 2012 at 5:37 PM

bru brpeluang bce blog teman..hehe
bgus2..ad mse pluk mg tulis pnjg2 op..haha
SESTER di hati ku..dulu kini dan selamanya insya-Allah..

Reply

31 Yani July 21, 2012 at 1:15 AM

tgk tarikh la post ni bila. Alhamdulillah masa tu ada. sempat lah buat.

Reply

32 tikatikot July 24, 2012 at 12:07 PM

salam kak, saya baru dpt tawaran masuk sester… Shld i accept it or not? Masalahnya skrg nie dh prtghn tahun, n dgr cerita sekolah tue for another 2 weeks there’ll be an exam… N even if i accept it, how shld i survive there?

Reply

33 macho!!! August 27, 2012 at 10:02 PM

hahahaha…xpe dik..exam tu jngan pikir…there’s many benefits if you entered this school and you will do something that you will never think about it. in sester you will never walk alone..:)

Reply

34 kucar bulana August 15, 2012 at 12:19 AM

ni xsebut pun psal rumah2 yg ade kt sester…

Reply

35 NN September 16, 2012 at 12:46 PM

assalamualaikum akak, boleh tak saya tau sbp yang macam sester jugak, yang ada form 4 dgn form 5 je. saya from selangor so macam nak pergi terengganu jauh sangat.. nak consider jugak sekolah lain and if tak ada choice mungkin nak apply sester ๐Ÿ™‚ thank you!

Reply

36 Yani September 26, 2012 at 5:22 PM

Wslm. Klau sbp f4 f5 je ade saser(sekolah lelaki) n9,seseri(sekolah pmpn)cyberjaya,asis(sekolah lelaki)putrajaya.yang lain xsure.do come to sester lahhh. ramai je org luar kat sekolah tu.

Reply

37 geminiz September 17, 2012 at 7:55 PM

salam kak yani .. cmner nk mohon ke sester erk ..? cg ckp nk msuk sester nim kne isi borang on9 .. tp cari pnyer cari xjmpe lar kak .. hrap bleyh bntu .. tringin sgt nk p sester ne .. ๐Ÿ™‚

Reply

38 Yani September 26, 2012 at 5:25 PM

Wslm. Yela kot cg awk ckp isi online sy pun dah lupa dulu mcm mne. hihi sori. try usha web kementerian.

Reply

39 geminiz September 30, 2012 at 7:33 PM

da bleh da..!! tengs akaq .. ๐Ÿ™‚

Reply

40 Yani October 1, 2012 at 3:35 PM

okay welcome! ๐Ÿ™‚

Reply

41 intan abd wahab September 24, 2012 at 6:01 PM

assalam….
mmg dlm dilema krn anak tak tahu nk pilih sesma @ sester…

Reply

42 Yani September 26, 2012 at 5:32 PM

Ohh istikharah jalan penyelesaian insyaAllah. tp pd sy still better sester. sbb student xramai and sekolah kecik je. haha.

Reply

43 cik fieQa January 4, 2013 at 5:16 PM

sy bdk batch 07/08…da best ever school is SESTER..da best ever tcer is in SESTER..everthing is awesome..

Reply

44 fieqa January 16, 2013 at 6:26 PM

Assalamualaikum,, saya dapat offer SESTER .. so kira saya ni budak PMR 2012 laa ๐Ÿ™‚ Ermm, act saya macam tak nak je pergi tapi since my mum kata ini rezeki, then kengkawan kat sekolah pun excited(kay diorg yg over excited act) saya rasa saya patut pergi. Kak, asrama dia bilik ea bukan dorm? Kalau bilik saya suka saya suka =) Berdasarkan apa yg akak tulis tu.. lega hati saya, bukan apa saya cuma harap keadaan sekolah dan asrama SESTER dalam keadaan yang selesa untuk didiami .. aicehh.. haa satu lagi, errmmm yeke pelajar yg asal pantai timur akan sedikit anti dgn pelajar yg datang dari area barat malaysia, KL contohnya ? heeee :3 takut .
Thanks for your information kak ๐Ÿ™‚

Reply

45 Yani January 17, 2013 at 2:11 AM

Wslm fieqa. First sekali tahniah! Hihi. Betul cakap mak awak ni rezeki. Kena grab, mungkin Allah plan ni yang terbaik utk kita. Yup SESTER guna sistem bilik. Pasal gap antara pantai timur dengan pantai barat tak sure lah, tp mula2 biasalah sebab semua orang daripada sekolah lama masing2 kan. Lama2 akan okay :’)

Reply

46 fieqa January 17, 2013 at 10:16 PM

hehehe,, Thanks a lot kak ,, information akak seriously banyak membantu ๐Ÿ™‚ terharu saya :’) Next week saya last kat sch asal saya,, so nak belajar cakap ganu ngan kawan yg kampung dia kat ganu ^^

Reply

47 Nurdiana January 20, 2013 at 5:40 PM

hihihi… saya pun dapat tawaran juga ^^

Reply

48 Qistina January 16, 2013 at 8:14 PM

thanks for the info amat berguna sbb ditawarkan ker sekolah nie… ๐Ÿ™‚

Reply

49 Yani January 17, 2013 at 2:12 AM

Welcome and tahniah! Nanti kirim salam dekat Mama Norul, Cg Jeff, Tc Yus, and semua cikguuu. Hihi.

Reply

50 keke January 16, 2013 at 8:48 PM

akak~ handphone boleh bawak tak? :/

Reply

51 Yani January 17, 2013 at 2:13 AM

Dulu masa zaman sy tak boleh. Tapi dgr cerita sekarang laptop boleh bwk. Handphone tak pasti lah.

Reply

52 keke~ January 16, 2013 at 9:03 PM

akak .. pengawas baju warna apa? prs? pss? ๐Ÿ˜ฎ

Reply

53 Yani January 17, 2013 at 2:14 AM

Pengawas baju biru, seluar/kain putih. Prs pss dulu baju putih je hahah. Now tak pasti mcm mana.

Reply

54 ashykin January 18, 2013 at 9:46 AM

assalamualaikum… saya bdk PMR 2012 yg dpt tawaran kat sekolah ni, huhuhu sbnrnya sy masih ragu2 nk masuk skolah ni. hehe, saya tkot sbb sy dh prnh ada pengalaman masuk asrama n keluar. klu bleh sy tak nak balik dah kat sekolah lama klu dh pergi SESTER, jd apa pndngn akak? seme cikgu2 n kawan2 suruh sy terima jer tawaran nie…

Reply

55 Yani January 30, 2013 at 4:22 PM

Wslm. Sorry lambat reply. I just came back from egypt and baru bukak ni. Mula2 biasa lah homesick. Tapi Allah dah bagi awak rezeki ni dan ni mungkin yang terbaik utk awak. Terima jelah ๐Ÿ™‚ InsyaALLAH semua baik2. Seminggu dua yang pertama tahan lah sikit. Semua orang rasa benda sama okay ๐Ÿ˜€

Reply

56 Nurdiana January 19, 2013 at 8:49 PM

Assalamualaikum w.b.t kak! ^^ hehehe.. saya pun dapat tawaran di sini.. saya daripada Selangor.. Mula2 terkejut juga dpt tawaran SESTER sebab jauh juga dari sini dan saya tidak pernah smpai Terengganu, selepas saya baca post akak saya rasa lebih lega kerana memang saya berdoa boleh masuk sekolah yg ada form 4 & 5 shj dan sekolah yg saya dpt mncari ilmu kerana Allah.. syukran kak! Kak memang byk mmbantu.. akak boleh saya msg akak di fb? saya ada bbrapa soalan yg ingin tanya akak juga (:

Reply

57 Yani January 30, 2013 at 4:25 PM

wslm and tahniah! FB: Fatin Azyani AR ๐Ÿ˜€

Reply

58 afiqa January 23, 2013 at 5:42 PM

cuakk laa , nk pegi terengganu . jauh . tpi dah confirm nk pegi . rmai tak budak2 dri selangor or kl ? klu balik, transport cmne ea ? ๐Ÿ™‚

Reply

59 Yani January 30, 2013 at 4:27 PM

tahun ni rasanya ramai dr selangor. transport balik dgn bas or flight or parents awk dtg amik. Jangan risau nanti kalau balik dgn bas akan ade wakil keluar belikan tiket ๐Ÿ˜€

Reply

60 zrey January 23, 2013 at 9:51 PM

Nice share! ๐Ÿ˜€ kohor excited pulak aku ni. Sester ada court futsal, tak? HeHeHe ๐Ÿ™‚

Reply

61 Yani January 30, 2013 at 4:28 PM

Ade ๐Ÿ™‚ Selalu je boys main futsal petang2 ๐Ÿ™‚

Reply

62 Qaisara January 27, 2013 at 6:42 AM

Haha.. Bestnya cerita.. Minggu depan saya akan berdaftar di sekolah tu. Nampak mcm seronok je.. But. takut la pulak pasal 2 weeks, worst week ever.. :/

Reply

63 Yani January 30, 2013 at 4:29 PM

Tahniahhh :’) Takpe semua orang baru and rasa benda yang sama nanti lama2 okaylahh ๐Ÿ˜€

Reply

64 asyraf February 28, 2013 at 10:38 PM

Debor lop Asew Msuk Sester akgi

Reply

65 farah March 1, 2013 at 10:12 PM

salam akak , saya batch pmr 2012 .. bru ni sy dapat twran sester 2nd intake . tp tkut ar , sbb sy biasanya bgun lwat . cmane eak ? wjib ke bgun 5.15 ?

Reply

66 Yani March 2, 2013 at 1:28 AM

wslm. eh jangan takut. kalau boleh bersiap cepat takde mslh bangun lewat sikit pun. tak wajib lah 5.15 am

Reply

67 Najiha March 4, 2013 at 8:44 AM

Salam…Salam Perkenalan..Untuk mereka yang berminat untuk buat A-Level,Kolej Yayasan Saad menawarkan program A-Level bermula July 2013.Untuk mereka yang berminat, boleh lah hantar kan email pada akk [email protected] daripada itu,kolej yayasan saad juga menawarkan pendidikan untuk pelajar tingkatan 1- 5. Boleh dapat kan borang pendaftaran dari laman web Kolej Yayasan Saad….Thank You.

Reply

68 Aina September 27, 2013 at 10:48 AM

bestttt, xsbar nk msuk situ, tu pun klau dpt ah
ana bru bce syarat kemasukan ke skolah tu, kena lulus sains dgn mathh, oh sains, ana x pandai mne ah~~ help meee
klau dpt msuk pon, tkut plak nk brsaing dgn org yg bijakk2 kat sne ๐Ÿ™

Reply

69 zati November 19, 2013 at 1:57 PM

betul ke sester always takde air ? and http://www.aduanrakyat.com.my/tamatkan-krisis-air-di-sm-sains-kuala-terengganu-sester try read this . betul ke smua ni ? alahaii tergugat rasa nk masuuk sester camni hmm . mana portal rasmi sester ? cik google ni pun tak jumpa cari

Reply

70 Yani December 4, 2013 at 1:43 AM

dulu masa zaman saya, ya. bcs of the pump dah lama sangat since sester dulu bekas maktab perguruan. and it will cost a lot kalau nak tukar semua tu. well life is getting hard anyway. and anything happens in life will give you more and more experiences. hehe.

Reply

71 zati December 5, 2013 at 12:09 AM

dari sch harian biasa ? mean ramai org from terengganu lah ? :O

Reply

72 anon December 17, 2013 at 12:16 PM

berapa subjek yg sester ambil untuk spm ? 10 atau 9 ?

Reply

73 Ganu December 20, 2013 at 7:19 PM

Assalamualaikum kak , sya nk tanye ni xpe ke klau result sya 4a3b2c nk mohon msuk SESTER ni ?

Reply

74 mus January 24, 2014 at 12:02 PM

best~~cam nak pegi….tpi bole 7a je pmr

Reply

75 lili January 26, 2014 at 9:04 AM

Assalamualaikum kak,
Sy dpt tawaran maduk sester 1st intake 2014. Belum masuk lagi . Kalau akak kenal sy dr sekolah elit mak lagam kemaman. Hampir 20 org sekolah kitorang akan ke sester bulan 2 ni. Dkt sana boleh bwk handphone x?

Reply

76 tiyah February 27, 2014 at 7:12 AM

salam , sy dapat offer skolah ni . saya asal dri skolah agama . sy takut sy xboleh suit dngan keadaan kt sana . ada xsubjek bahasa arab kat sester ? skolah tu kecik sgt ke ? krisis air ada lgi x ? tq

Reply

77 Nabil February 28, 2014 at 9:36 PM

Assalamualaikum kak, saya budak PMR 2013 dari P.Pinang dapat tawaran SESTER nie 2nd intake. Saya tak kisah kalau senior atau budak 1st intake tegur saya, yang saya risau tentang cara pembelajaran di sana sbab saya dari sekolah harian biasa ja.,………, so apa pendapat akak???? Patut ke saya terima tawaran nie?
( sorry if i post this comment twice coz my laptop always hang!!!!!!)

Reply

78 Siti Halimah October 28, 2014 at 7:11 PM

Assalamualaikum . Saya Siti Halimah . Panggil Siti or Emma je . Saya tahun ni baru form n now study at SMA Khairiah . Saya nak sangat2 masuk SESTER .. Agak2 nye la , berapa A hok patut saya dpt dlm PT3 kalo nak masuk SESTER ? Hem .. Saje je tanye >_<

Reply

79 nur iffah December 22, 2014 at 6:05 PM

krim muka boleh bawak x ??? hari skolah boleh bawak telefon x ?? saya rase saya berminatlah nk gi skolah ni hahah . dgr apa yg akak citer akdd mmg best ….

Reply

80 munirah December 24, 2014 at 12:35 PM

Erm nak tanya…apa syarat kelayakan masuk sekolah ni and pergaulan lelaki dgn perempuan okay tak? Macam…time sukan asing or combine sekali?

Reply

81 Naura Auni February 24, 2015 at 5:29 PM

Nak masuk sester kena dpt berapa A ?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: