Masing-masing yang pertama, juga terakhir.

by Yani on December 12, 2011 · 0 comments in Personal

Assalamualaikum wbt.

 

Banyak sangat luahan hari ni. Baru sebentar tadi. Macam-macam diceritanya. Macam-macam jugak diceritakan. Satu-satu. Cuba untuk faham. Dan bertanya, lagi dan lagi untuk tahu yang sebenar. Bukan tak percaya, cuma curious lah katakan. Cuma nak tahu lebih mendalam, mungkin.

 

Yang selama ini hanya menjadi cakap-cakap orang. Sekarang dah tahu dari tuannya sendiri :’) Dan maaf, andai terover kat mana-mana. Andai ada yang termaki. Bukan niat. Tapi, asal tahu, memang sayang. Dan, percaya. Dijelasnya satu-satu, minta kepercayaan. Jangan bimbang. Memang, percaya. Jadi, kena ikhlas, jujur dalam semua perkara. Berterus-terang? Mesti.

 

Dan, serius. Sampaikan seperti ingin sengaja dikhabarkan pada mereka. Dengan cara yang tidak langsung, mungkin. Kelakar. Reaksi? Tidak pernah tahu. Harap-harapnya, baik-baik saja. Satu hari mungkin, semua ini akan diketahui, oleh semua. Bukan mungkin. Tapi, pasti. Pasti.

 

Dan juga, janji. Janji akan jaga semua ni, sampai bila-bila.

 

 

 

#Sebab, mereka mahu. Ini yang pertama, juga yang terakhir. Moga diperkenan.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: