Pendorong hebat

by Yani on July 22, 2011 · 0 comments in Personal

Assalamualaikum.

Menjadi seorang yang mendorong ke arah kebaikan ataupun pendorong adalah sesuatu yang postif. Tapi kadang-kadang situasi ini juga membimbangkan, takut-takut kita terlepas pandang. Jugak membimbangkan takut-takut kita yang terover mendorong sehingga mampu membuatkan orang lain rimas. Jadi kepada semua yang memberi inspirasi tu, berpada-padalah.

Tapi lain orang lain ragamnya. Mungkin ada yang sampai memerlukan dorongan itu setiap hari dan tidak pernah sesekali rimas. Dan mungkin ada juga yang mudah menjadi rimas dengan hanya 1 teguran kecil. Jadi kenali mereka sebaik-baiknya.

Apa-apa pun, MEGA XI ku sayang. Jom kita bersatu hati. Kentalkan jiwa menahan pelbagai dugaan, kuatkan hati menelan kepahitan, mantapkan rohani sebagai persediaan. InsyaAllah, pasti boleh. Dan selamat memberi inspirasi sesama sendiri. Harharharhar.

Apa-apa pun, semoga kita berniat baik dalam melakukan apa saja dan semoga diberkati Allah. AMEEN..

 

 

“And you are always give me support after my mum.”  

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: