Mega XI

by Yani on July 20, 2011 · 0 comments in School

Hampir 2 tahun bersama, mana-mana pergi pun, hari-hari muka yang sama jumpa. Sekolah hanya akan berakhir dalam beberapa bulan saja lagi. SPM, in 4 months left. Dan yang paling terdekat adalah Percubaan SPM. In less than 2 weeks time.

Masalah air. Tetap sama. Oh silap, bukan tetap sama. Tapi makin darurat. Kata mereka, sedang diusahakan. Tapi hasilnya, entahlah. Biar mereka saja yang uruskan. Tapi sayang, yang merasa, kita. Bukan mereka. Mereka yang sepagi di sekolah megeluh. Apatah kita yang pagi petang siang malam di sana. Oh baiklah. Ini bukan keluhan. Sekadar luahan perasaan.

Bukan nak digembar gemburkan permaslahan ni. Tapi itulah, sekali dua boleh ditelan. Kalau dah sampai berkali-kali, siapa yang boleh tahan. Kata mereka lagi, ”Ambil ini sebagai cabaran, bukan masalah.” Ya, kami cuba. Tapi itulah, kalau dah berkali-kali, cabaran memang akan bertukar menjadi satu masalah besar. Jadi, di sini kami juga punya harapan besar supaya keadaan ini dapat diselesaikan, segera. Dan harapan besar juga supaya keadaan ini tidak sama sekali menjejaskan apa-apa sekeliling kami. By the way, lotsa thanks to Cg Muhammad for your speech semalam. “Saya harap pihak pengurusan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.”

Tapi bila dah sampai tahap ini, semua yang kurang penting, tolak tepi. Utamakan yang utama. Saat ini, semua sedang bertungkus lumus mengusahakan sesuatu. Harapnya begitu.

Dan ingat, kita punya tanggungjawab besar di sana. Ibu bapa dan guru-guru, pasti. Mengharapkan yang terbaik dari kita.

Paling penting, jaga hubungan. Dengan rakan-rakan. Kita di bawah satu bumbung. Kadang-kadang, ucapan yang dianggap gurauan, mampu menghiris perasaan seseorang. Jaga hubungan. Dengan ibu bapa. Dan paling penting. Jaga hubungan dengan Pencipta kita. Dia ada bila-bila masa. Mantapkan rohani. Biar selalu tenang. Jadi, ilmu pun senang masuk ke otak.

Niat belajar kerana Allah. -Ain

 

Semoga kita sedar dan terus berusaha. Untuk mencapai itu. 9A+ itu.

We are MEGA XI,  and we are proud to be.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: