Assalamualaikum wbt dan Hai!
Sebenarnya saya sendiri pun segan bila tengok tajuk posts lelaki kacak nih. Macam tak percaya saya buat benda ni semua. Tapi takpe lah. Takde siapa nak kisah pun kan. Okay jugak buat benda ni sebenarnya daripada dok berdebar je sepanjang masa fikirkan keputusan SPM 2011 pada 21 Mac ni.
Okay, sebenarnya siapa lelaki kacak ni, ada apa dengan lelaki kacak ni, lelaki kacak ni macam mana, hebat sangat ke, untung ke? Ke lagi banyak bala…
Lol. Haih… Macam-macam…
Kalau setakat Aaron Aziz ke, Fahrin Ahmad ke, siapa-siapa lagilah, toksah cakap. Dorang ni memang kategori lelaki yang kacak, kalau tak takde pulak dorang semua jadi pelakon dan artis lelaki yang diminati ramai, siap dapat tawaran duta sana duta sini lagi tu.

Kadang-kadang, lelaki kacak pun termenung sendirian…
The thing is, sekarang saya nak tanya bila korang dengar je “Lelaki Kacak” apa yang tenggelam timbul dalam fikiran korang pasal lelaki ni.
Siapa Lelaki Kacak?
Bagi saya sendiri, bila dengar jer lelaki kacak mestilah dok bayang tang muka lelaki tu. Pertama sekali mesti fizikal lelaki tu dulu. Lelaki kacak yang saya bayangkan tak semestinya putih, muka sejuk mata memandang, bersih, hidung mancung, tinggi dan lepas tu badan tough, tough sikit-sikit je. Lepas tu, lelaki ni punya dress-up pun cantik, kemas, bukan selekeh-selekeh. Yelah, ni kira macam first thought of mind lah kan bila dengar jer “Lelaki Kacak“. Alah, biasalah tu, saya rasa korang pun sama.
Lepas tu bila kita kenal dengan lelaki-lelaki ni barulah kita boleh tahu sekacak mana lelaki ni. Lepas tu jugak barulah saya boleh cakap lelaki kacak ni bukan dari segi rupa je. Iman penting bang. Lelaki tu mestilah seorang anak yang soleh untuk mak ayah. Solat 5 waktu takleh tinggal, mesti cukup. Tu belum masuk yang bangun qiamullai malam-malam. Mengaji hari-hari. Al-Quran kena katam bang. See, dengan automatiknya seorang lelaki boleh menjadi lelaki yang kacak. Sebab apa? Sebab ambil wuduk banyak kali. Muka pun bersih je, sejuk je mata memandang. Fewwit~ Lepas tu, kena pandai jaga hati perempuan. Jaga hati perempuan dengan cara kau dengar apa yang dia tak cakap. You get what I mean?
Jadi, konklusinya pada saya bila sebut je lelaki kacak, mesti tang fizikal lelaki tu dulu yang saya fikir, bila dah kenal baru tahu kat mana kacak dia sebenarnya. Dan penting untuk semua lelaki, kacak dalam dahulu sebelum kacak luar. Dah saya rasa macam familiar je bunyi ni. Sebab bagi saya orang lelaki yang kacak dalam ni sah-sah memang kacak luar, tapi yang kacak luar tak semestinya kacak dalam. Kan? Handsome tak pendapat ni?

Remind yourself that it’s okay not to be perfect
Pros And Cons
Lelaki kacak ni pulak, ada masa untung banyak, ada masa bala pun banyak. Yelah orang cakap setiap perkara ada pros and cons dia. Untung sebab dia ada kekacakan tu, lelaki mana tak nak kacak kan. Dan bala lah jugak bila lelaki ni tak pandai nak hargai kekacakan yang dia ada. Let’s say, lelaki ni gunakan kekacakan dia untuk mainkan perempuan. Huw~ Tak bagus, tak bagus. Tunggulah, nanti adalah tu bala datang dari mana-mana.
Saya tahu memang tak adil kalau ambil saya punya pendapat je. Jadi, saya pun ada jugak mengambil satu alternatif dengan membuat that so-called survey tentang lelaki kacak. Ni semua saya tanya dari budak sebaya, seumur dengan saya, dari seluruh Malaysia yang sekarang tengah melayang-layang tunggu keputusan SPM. Erk, kenapa melayang-layang -___-’
Ni beberapa pandangan menarik lah yang saya ambil dari survey yang saya buat. Survey bagai -___- Yah, no one even cares. LOL.
Antara Pendapat Mengenai Lelaki Kacak
Adamo El Paso — Yang pasti bukan lelaki KOREA.
Shakiy Eloedya Hams — Lelaki yang takde misai dan janggut. Tapi kumis dibenarkan lagi. Tak romantik dan jiwang but pleased. Tambahan, ada camera DSLR.
Nadia Shallot — Muka licin + sawo matang. Badan tough wajib. Pakai songkok ^^
Abdul Mu’im — Lelaki kacak mesti muka bersih. Muka bersih sebab dia ambil wuduk dengan sempurna!
Alina Norin — Henry Golding. Harap harap dia masuk Islam cepat.
Muhammad Ashraf — Khatam Al-Quran.
Muhd Faiq Sudin — Lelaki kacak tidak hanya pada parasnya. Lelaki tu kacak dari segi akhlaknya, kacak dari segi ibadahnya, kacak dari segi imannya, kacak amalannya. DAN INGATLAH! KECANTIKAN/KEKACAKAN TAKKAN KEKAL SELAMA-LAMANYA
![]()
Dia Diela — Putih+badan tuff+muka ada cahaya+ada style+PEMBERSIH!
Imran Azmi — Bila sebut je lelaki kacak, aku terpikirkan AKU. Haha.
Farahin Gus — Lelaki beriman.
Jijo Azizah — Muka bersinar-sinar, tu yang first muncul dalam kepala aku :3
Rohinne Matrooff — Suara machoo, rawwww. Hakhak. Sedap jer dengar bila mengaji Quran :3
Anis Aida — Tak kurus sangat, kulit agak fair, pakai spek hitam, macho bila senyum terukir di wajah beliau, beliau sangat menawan sehingga kita tertawan. Bila sebut KACAK physical dulu yang ada dalam kepala. Lepas tu baru tengok dia baik ke jahat ke solat ke tak ke. Boleh teman perempuan shopping ke tak ke. Boleh bergaul dengan orang ke tak ke. Boleh drive ke tak ke. Takkan ah nanti bila kahwin isteri yang nak drive, suami tak reti apa-apa, harapkan kita je. Tak boleh jugak.
Mohammad Waridwan — Lelaki kacak adalah lelaki yg selalu rajin ulang alik ke masjid, pakaiannnya kemas, tak mudah goyah ditipu syaitan, tak mudah digoda akan pajuk rayu wanita ajnabi.
Raja Naima — Lelaki kacak adalah lelaki yang ikut sunnah Nabi. Mesti kacak sebab nabi kita tu kacak mental dan fizikal ^^
Hasnita Hata — Lelaki kacak = Yang ada halkum
![]()
Nurul Najwa — Tinggi~
Asyraf Malik — Lelaki kacak mestilah jambu.
Fayyadhah Nurul — Lelaki kacak adalah lelaki yang jadi diri dia sendiri sebab tu la diri dia sampai tua bangka nanti.
Sebenarnya saya pun gelak sorang-sorang bila baca semua ni, tapi betul lah tu. Saya rasa semua betul sebab kita semua ada pandangan masing-masing tentang lelaki kacak. Dan untuk future spouse kita nanti, walaupun tak kacak pada mata orang lain, asal kacak di mata kita dah cukup. Kan cun macam tu.
Lelaki Perlu Yakin & Sedar Anda Semua Kacak

Whats Wrong With Just Being You
Dalam banyak-banyak pandangan kat atas ni, saya paling suka part Imran Azmi. See, sepatutnya semua lelaki kena yakin dan sedar, anda semua adalah lelaki kacak. Lol.
Apa yang saya cakap ni. Argh. Sah Imran Azmi dah perasan sekarang. Dem. Bukan. Maksud saya, semua orang kena yakin dengan diri sendiri. Semua yang Allah buat cantik-cantik, kacak-kacak, dan comel belaka. Tulah yang saya nak sampaikan sebenarnya. Hm
Dan Anis Aida, habis part kahwin pun dia masuk. Anyway thanks a lot for your opinion
Saya yakin bukan dalam topik lelaki kacak je, kalau topik perempuan comel ke, makcik hot ke, atuk paling cool, artis lelaki ke, dan apa-apa topik sekalipun masing-masing mesti ada pandangan diri sendiri. Kan? Dan saya juga yakin semua orang yang baca ni semuanya kacak dan comel belaka.
Oh ya, entri Lelaki Kacak ni sebagai pernyertaan saya dalam Cabaran SEO. Walaupun saya bukan lelaki, tetapi saya saja nak turut serta dan cuba-cuba sebab saya rasa jadi lebih comel bila buat benda-benda macam ni.
Sekian. K bye, Wassalam.
+Azyani Razi — STAY AWESOME AND EAT ICE CREAM

{ 78 comments… read them below or add one }
Good luck yanie.
Kikikiki. Thankyouu amzar!
Good luck yanie….
Thankyouuu
ehh..ko tengah tunggu spm ker??
Haaa. Iyyer!
eh, kita sependapat lak. Sya pun spontan suka pendapat Imran Azmi tu masa baca banyak2 pendapat tu.
Good luck, Yani. Entry yang mantap
Heheh. Kannnn. Bangga lah tu Imran Azmi. Haha. Thanks!
kalau bangga terlebih nanti dah tak kacak. hihi
Hahaha. Betul betul..
sekadar menyatakan kebenaran.haha
Good luck all the best!
Hehe. Thanks !
waa panjangnyeee post dia .. setiap org berpeluang menang , good luck yeee
Hahaa. Sajalah, mengisi masa konon. Hihi. Okay, thanks!
nice entri…
apa pun gud luckk
fahrin ahmad jgk ke
Thanks! Fahrin? Boleh je. Haha.
Menarik post nih. Gaya bahasa macam tak padan dengan orangnya sampai bro Titan pun tak sangka yang tuan puyer blog ni tengah tunggu SPM…. hehehe
Gaya bahasa beza eh ikut umur. Hahaha. Okey-okey. Thanks btw :’)
kacak benar entri ni – gud luck
Eheh. Thnks!
Nak jadi lelaki kacak rasanya baik jadi diri sendiri & jangan hipokrit. IMHO
Yessss, no doubt. Kena jadi diri sendiri, tak payah jd orang lain. Mesti kacak!
keyword pekat dan likat…
Heheh. Thanks!
mende mg ni fatinn..malu aku wehhh -,- haha
Koho kacak doh laa. Malu siapp hoo. haha. Buwek.
hadiah kene kongsi
))
Tkde maknanya –’
masa masih panjang utk edit agar entri saudari mesra SEO.
apa2 pun good luck ye
A’ah ye. 3bulan tu lama. Hehe. Thanks
Sudah berada di tempat pertama nampaknya
Payah jgk nak maintain sebenarnya. Haih.
Muaz Lelaki Kacak, rasanya yg tu paling penting..
eh.. kalo lelaki kacak je mesti nak related kan dgn aoran atau fahrin kan,… pe la
Dah dorang handsome! Hahaha.
Tinggi juga kriteria diletakkan untuk menjadi lelaki kacak. Sebaik-baik adalah lelaki kacak yang beriman dan beramal soleh.
Pun boleh
Salam kenal…
artikel ni best. ade can menang ni…tabik ah
gud luck
salam kenal jugak

Yeehaa. Thanks
You too. Gudluck!
huhu.. baru tunggu SPM sambil layan contest SEO. Memang kacak!
Comel lahhh. Hhahaha.
Gilerrr betul SEO entry engkau ni … kini berada #1 OOooo tahniah agar dapat kekal hingga ke penghujung cabaran
Lol. Giler? No lah. Biasa-biasa je. Ohoi~ Thanks!
uiksss apasal gambar terbalik tu
Senget sikit jee. Hehe.
As salam.
Fuh. Panjang tapi berbaloi. Suka jugak dgn Imran punya pendapat. Yakin jer kacak. Tak kisah apa org lain cakap, tapi no 1, kita kena yakinkan diri.
Good luck yer.
p/s-first time singgah…kagum jugak dgn blog ni =)
Wasalam
Terpanjang kot. Haha.
Hehe. Terima kasih
ade org sokong aku.haha
bukan lelaki korea ya. ada juga yang cakap begitu. haha. lelaki memang kacak la. hehe
Tu lah, lain manusia lain pandangan. Teehee. Yelah semua kacak!
betul tu. ada juga orang minat jepun dari korea. ada minat hindi. hehe. lelaki semua kacak2. perempuan cute2..:)
semoga berjaya wahai lelaki kacak…
Hehe. Thanks
Cu ajar gak cara-cara nk buat lelaki kacak dalam blog saya ni tersenarai dalam search enjin google. tgok hok blog ni, duk rangking atas skali doh… hok sy tak gerok mana-mana lagi…aduhhhh..
ada masa lawat lah blog ni etek…walau x sehebat dan tak sesedap blogger tersohor macam azyani.com, dll, saya perlukan support korg utk jadi mcm diorg..huhu
We enjoy most articles posted at this site. We wish the top stories contained more listings however. Overall good site.
err..sila update senarai penaja ye nanti.
Ohohh. Okay!
The best entry pasal lelaki kacak so far.
Ohohh. Thanks!
good luck yanie… mantap entri ni!!
Thanks!
Fuhhh..begitu lengkap sekali,semoga berjaya
Terima kasih
terpaksa kasi satu komen kat sini.. hehe.. saje2 je. Nice to meet u.
Ceceyyhh
memang superb…
cute je post ni~ :p lol.. fav subj among girls.. anyway nice definition of “lelaki kacak”..
from my opinion, lelaki yg xhandsome pon bley jdi handsome klu die hafal Al-Quran and praktikkan~
yg pnting lelaki tu menmbhkan cinta kita kpd Allah~ <3
gud luck azyani
Tq
terbaiklah!! confirm yg ni menang
Alhamdulillah. No 4 pun jadi. Haha.
Pendapat daripada survey tu ada yang tak bole blah..
tahniah!!
ptot ler xde org mnat aq.
sumer awek mnat yg kacak,n tough je
,,,yg kiut/baby face?–> buang tong smpah je!!¿
sbb nyer???–>muke x “nmpk” matang!!
dem it! :’( hiiu hiuu…^^
Kau nak cakap kau baby face ke? Hahahah.
Lelaki yg tak kacak suka marah2 kenapa yerr…??
sebab die tak kacak kot? ahahahha. tak tahu.
{ 4 trackbacks }