Hari Rabu Kena Balik ke SESTER <3

by Yani on March 15, 2011 · 0 comments in School

Orang lain cuti sampai Sabtu, kita cuti sampai Rabu je. Takpe lahh. Ada hikmah. Tahun ni kan SPM.  Kena korban banyak benda untuk sembilan biji A. Result TOV, boleh tahan. Walaupun Top 10, tapi bilangan A amatlah tidak memuaskan. Jadi, kena usaha lagi. Sejarah, tolong jadi baik dengan aku, boleh?

Okay, cuti yang hanya sampai Rabu ni :

1) Handphone aku ada tuan rupanya. Ya, baru cuti ni handphone aku bertuan. So what.

2) Berjaya habiskan Chemistry Form 4 sampai Chapter 5, sengaja simpan Chapter 6 dan seterusnya sebab panjang dan sangat kompleks. Hahah. *Okay, alasan. Kesian, malang dan amat merugikan, kn? Cuti punya la lama. Huh.

3) Physics, nak simpan jugak lahh.

4) Okay, keadaan kembali macam asal. Kawan lama kembali lagi. Harap bukan sekerat jalan. Biar sampai rumah kedua, baru hebat 🙂

5) Banyak benda telah berlaku sejak kebelakangan ni. Manusia ramai yang berubah. Keadaan sekeliling tak macam dulu lagi. Jadi kena ikut flow kehidupan.

6) Kena lepaskan. Biarlah mereka dengan kehidupan mereka. Okay. Aku lepaskan. Dewa cakap ; Menyerah lah untuk menang.. Jadi, aku menyerah pasal aku nak menang. HAHA. Semoga mereka berbahagia. Selamat tinggal. Tapi, aku nak tunggu jugak, nak lihat macam mana pengakhirannya nanti. Macam menarik, bukan?

7) Ops gemilang. Oh sekarang baru nak bagitahu yang kena balik sekolah awal ni sebab ada Ops Gemilang. Tak hairan mana pun sebenarnya pasal dah agak akan adanya benda-benda balik awal macam ni. Di satu sudut, teruja kot nak balik sekolah, rindu kawan-kawan. Satu sudut lagi, haihh malasya, sebab? Okay, kerja sekolah saya tk siap =,=”

8) Okay.. Dah. Setakat No 7 je. Sebab No 7 lawa! HAHAHA. Takleh blah =,=”

Apa-apa pun, semoga kita dapat lakukan yang terbaik. Yanie, kena kuat. Things happen for reason, sayang <3

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Next post: