Dan dia cuba untuk gembira, bila mereka bahagia

by Yani on June 3, 2011 · 0 comments in Personal

Kalau sampai sekarang, perkara sama masih berulang, dari dulu. Tidak pernah langsung berubah.

Harusnya semua tahu, manusia semakin hari sepatutnya, semakin matang. Semakin hari sepatutnya, semakin berubah menjadi lebih baik. Semakin hari sepatutnya, semakin cuba baiki diri. Tapi, sekarang, tiada perubahan. Statik. Matang, tidak. Lebih baik, entahlah. Kesalahan? Ya, tetap sama. Kerap mengulangi perkara yang sama. Dan aku, rimas.

Hairan. Kenapa perkara yang mudah, diubah menjadi sesuatu yang sukar difahami. Musykil. Bila yang dulunya baik, kini berubah. Kecewa. Bila yang indah diganti dengan yang pahit. Pelik. Bila cerita yang dicanang tidak diketahui sumber. Sakit. Bila kau buat aku seperti tidak wujud.

Diam. Perhati gelagat manusia. Dan aku cuba untuk bahagia, bila mereka bahagia.

 

**Yanie, sabar. Kena kuat. Kena lawan. Tak lama dah. Yakin, Tuhan simpan yang lebih baik untuk awak. Yakin, apa yang berlaku, ada hikmah. Fokus, SPM. Biar Ma dan Ayah bangga dengan anak dia sorang ni.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: