Diam dan perhatikan

by Yani on March 25, 2011 · 0 comments in Personal

Seminggu berlalu. Perkara masih sama. Tiada yang berubah sebab masing-masing tak berganjak antara satu sama lain. Nak gelak boleh? Sebab ini macam kelakar. HAHA. Atau mungkin aku je yang tak tahu. Dah ada yang berganjak tanpa pengetahuan. Jadi, haih. Kesian kat diri sendiri. Whatsoever it is, kita tunggu dan lihat. Haiss. Sumpah, gila tak sabar, kot.

Dan perkara yang sama dari tahun lepas dibawa ke tahun ini. Perkara yang pada asalnya tidak lah sebesar mana. Tapi, bila dah selalu berlaku, lama kelamaan boleh berkumpul dan berreact sesama sendiri sehingga boleh menimbulkan perasaan sakit hati. Hmm. Sungguh aku tidak mahukan perasaan ini, dan sungguh perasaan ini tidak boleh ada dalam diri kerdil ni. Sakit hati. Mungkin sampai satu tahap, aku tak dapat tengok muka kau lagi, wahai teman. Haishh. Kenapa perlu semua ni berlaku bila ia boleh menjadi sesimple mungin untuk hubungan persahabatan. Pelik bin ajaib. Tak tahu lagi mana silap dan salah. Huhh.

Sombong. Ya, itulah kau. Kau seru, itu aku sahaja yang perasan, balas aku, memang aku sajalah yang perasan. Kerna hanya dengan aku, kau begitu. Sombong.

Tak tahu sampai bila akan berlanjutan. Tapi yang pasti, muka kau tak dapat aku nak lihat lagi. Sebab mungkin akan merasa lebih sakit. Susah kalau sakit hati ni. Benci and whatsoever. Ilmu susah nak masuk, sayang.

Yanie, kena kuat. Kena fikir perkara yang patut sahaja. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin..

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: