Bintang Hati 17

by Yani on February 1, 2012 · 0 comments in Personal

Aku punya dia
comel
baik
menenangkan
senang kala bersama
banyak meluah rasa
banyak berkongsi cerita.

Pintu diketuk
satu nada
dari situ aku tahu
itu dia.
Kelakar.

Datang meluah rasa
air mata tumpah
dek kerana
situasi sekeliling
dek kerana
perangai sang manusia.

Janji
besok kejutkan
sahur bersama
mengheret dari bilik tidur
ke bilik air.

Ya Tuhan
budak satu ini
memang aku sayang.

Ke hadapan Senandung comel, Khairunnisa Azalin Azami.
Selamat hari lahir, yang ke 17tahun.
Semoga tahun ini membawa sejuta kebaikan.
Semoga terus berada di bawah rahmat Allah.
Semoga menjadi seorang kakak yang baik.

Semoga terus bersinar, seperti bintang.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: