Baru semalam

by Yani on June 5, 2011 · 0 comments in Personal

Baru semalam kita sama-sama daftar di YIT,

Baru semalam, our dad masing-masing hantar kita masuk sekolah,

Baru semalam awak menangis, masuk kelas baru. Yelah, baru daftar :’)

Baru semalam awak kena tipu, dengan ayah awak sendiri,

Baru semalam, kita sama-sama main dalam bilik aktiviti yang semua budak suka bilik tu,

Baru semalam, kita sama-sama melangkah alam baru. Kat sini kita paling kecil.

Baru semalam, kita beratur depan kelas, bergerak ke dewan. Dengar cikgu berucap. Nyanyi lagu sama-sama. Semua budak semangat.

Baru semalam, kita menjadi orang terhebat dekat sekolah tu, ye lah. Dah besar. Senior lah katakan.

Baru semalam, kita sama-sama berjuang jawab soalan. Yelah, nak banggakan Mak dan Ayah.

Baru semalam, kita sama-sama ambil result. Walaupun tak cemerlang, takpe, cuba lagi 🙂

Baru semalam, lagi sekali kita masuk alam baru. Kita paling kecil. Bangga pun ada. Dah besar dah kita.

Baru semalam, cuti bermula. Semua budak gembira.

Baru semalam, awak pergi sungai tu.

Baru semalam, saya tunggu.. Oh bukan, kami tunggu awak.

Sampai hari ni pun, saya tetap pergi sungai tu lagi. Dan semua semalam tu memang, memang tinggal kenangan sekarang. Dan awak, moga bahagia kat sana.

 

**Dalam kenangan, Azrul Amirul Othman. Moga rohmu dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: