Banyakkan sujud

by Yani on May 29, 2011 · 0 comments in Islam

Dari Abu Hurairah r.a . katanya, bersabda Nabi Muhammad SAW ; “Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya ialah waktu sujud, oleh kerana itu perbanyakkanlah doa ketika itu” -HR Muslim.

Sujud. Senang sangat kan kita hamba Allah nak dekatkan diri padaNya. Sujud. Simple sangat. Namun terdapat beberapa fahaman di mana terdapat sesetengah individu yang bersujud agak lama semasa sujud terakhir solat fardu.

Menurut Ustaz Nasir di sekolah, dia cakap benda ni tak digalakkan untuk kita sujud yang agak lama semasa sujud terakhir untuk solat fardu melainkan solat-solat sunat. Mungkin takut terpesong, katanya.

Sebenarnya, kita tak perlu tunggu semasa solat je nk besujud. Sekarang, tatkala anda sedang baca ni pun, boleh terus sujud. Sujud syukur. Ustazah Sakinah kat sekolah ajar, sujud, dan baca Subhanallah sekali. Senang kan. Hmm. Semua atas diri kita.

Btw, ni doa Rasulullah semasa baginda sujud,

“Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, baik yang kecil maupun besar yang mula-mula dan yang penghabisan, yang terang-terangan dan yang tersembunyi” -HR Muslim.

Ni satu lagi hadis tentang sujud.

Dari Rabiah bin Kaab katanya ;

“Ketika saya bermalam dengan Rasulullah SAW saya bawa air kepada beliau untuk berwudhu’ dan hajat yang lain, waktu itu baginda berkata :

“Ajukanlah permintaanmu kepadaku.”

Saya berkata ; “Saya meminta supaya saya menemani tuan dalam syurga”

Lalu baginda menjawab ; “Atau yang lain?”

Saya jawab ; “Itu sajalah.”

Rasulullah SAW bersabda lagi ; “Jika demikian tolonglah aku untuk dirimu sendiri dengan membanyakkan sujud.”

-HR Muslim.

See people! Banyakkan sujud! Nanti boleh teman Rasulullah dalam syurga 🙂

Love, Yanie.

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: