Bahasa Melayu – Bahasa Budaya Bangsa

by Yani on February 26, 2012 · 9 comments in Opinion

Assalamualaikum wbt.

Aku bukan lah seorang guru Bahasa Melayu apatah lagi seorang pensyarah bidang Bahasa. Aku ni cuma seorang pelajar lepasan SPM yang sekarang masih terkial-kial lagi, yang sekarang masih belum cukup tenang menunggu keputusan SPM tak lama lagi.

Walaupun subjek Bahasa Melayu aku tak pernah A+, tapi serius seingat aku, aku tak pernah lah dapat B untuk subjek ni. Dan rasanya tak salah lah kan untuk aku menulis tentang Bahasa Melayu ni, yang kian hari aku rasa semakin, argh! Tertekan tahu bila aku nampak ada je yang menulis macam ni ;

Contoh 1 – h! SEmu@, hAR! n!Ew TiteW kuAr PerG! MyD!N. HeHe.

Contoh 2 – Kau ingat kau cantik sangat kewww?

Contoh 3 – Saia rasa saia suka awak.

Yang mana maksud asalnya ialah – ‘Hi semua, hari ni kita keluar pergi Mydin. Hehe.’ dan ‘kewww’ itu, ia sepatutnya ‘ke’. ‘Saia’ tu pulak adalah ‘saya’.

Ada orang cakap ini bahasa comel, ada jugak orang cakap ini bahasa rempit dan Anwar Hadi cakap, ini bahasa ewwww. Dan kalau aku, aku cakap ini bahasa orang yang tak pergi sekolah. *Maaf untuk ini. Aku terpaksa.

Dan aku agak kasihan lah kan untuk guru-guru yang mendidik kita dulu-dulu. Sekarang, bukan guru-guru yang bermasalah, ni semua bermula dari kita. Sampai sekarang sumpah aku tak tahu siapa yang mulakan bahasa macam ni. Argghh!

Aku macam agak terpinga-pingalah untuk seketika kan bila terbaca bahasa-bahasa macam ni, kadang-kadang aku terfikir apa yang ada dalam fikiran diaorang yang tulis macam ni.

  1. Adakah diaorang rasa comel gilew bila tulis macam ni?
  2. Diaorang tak rasa complicated kew nak caps lock on/off tiap kali tulis macam tu?
  3. Dan paling penting kau pernah terfikir tak apa perasaan orang macam aku ni bila baca kau punya tulisan tu?? Arghhhh!

Untuk soalan satu, jawapan aku. SUMPAH TAK COMEL LANGSUNG okay. Bahkan kau telah berjaya menggelikan tekak orang-orang yang macam aku ni baca tulisan kau. Setakat kalau kau texting (on phone) dengan orang lain, yang mana hanya kau orang berdua je yang baca, okay itu aku tak nak ambik port. Tapi kalau kau dah start buat status atau wall-to-wall dalam Facebook dan mana-mana social accounts yang kau ada, aku rasa sangatlah tak comel bila kau tulis macam tu.

Yang kedua, serius aku tanya, tak rasa agak complicated ke nak caps lock on/off dan kenapa perlu tambah ‘ew’ tu bila cukup dengan hanya menulis ‘ke’. Kau tak rasa ke membazir bila tambah satu huruf nak-nak bila tulis mesej kan, atau bila kat Twitter tu, kau hanya boleh tweet maximum, 140 huruf.

Dan yang ketiga, kau harus tahu dan kau harus faham, bila kau dah terlibat dengan laman sosial on web ni, dunia ni, bukan dunia kau seorang. Satu dunia nampak dan tahu apa yang kau buat dalam ni. Dan kau sepatutnya hormat terhadap apa yang orang lain suka atau tak suka. Kau jangan pulak sesekali ingat bila kau tulis macam tu satu dunia sukakan kau dan “Wahhh, comel gileww bileww tulis macam niewww!” No!

Mungkin akan ada yang cakap, asal faham takpelah. Ya, semua orang mungkin akan faham. Tapi sesetengah orang mungkin akan mengambil masa yang agak lama sedikit nak faham apa yang kau tulis itu. Ya, itu aku. Tidakkah kau rasa bersalah sekarang kau telah membazir masa orang lain nak faham suatu yang kau tulis tu. Lol.

Dan yang paling penting, tanpa kau sedar sedikit sebanyak kau telah mencemarkan bahasa kita. Bahasa Melayu kita. Kau pernah dengan Bahasa Budaya Bangsa. Dan bila kau dah tulis macam ni, (contoh seperti di atas) kau sebenarnya dah mencerminkan diri kau seorang yang macam mana. Serius aku cakap.

Aku bukannya demand nak suruh semua orang tulis penuh, sebab sebenarnya aku pun guna shortform. Tapi kebanyakkannya texting on phone lah aku pakai shortform. Cuma cukuplah kalau kita tulis yang biasa-biasa yang mudah orang nak faham. Itu yang sebaik-baiknya.

Sebenarnya, aku pun ada silap sendiri bila terdapat entri-entri tertentu sebelum ni yang aku campur-campur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ya, itu silap aku. Dan maaflah jika aku tak dapat nak lari daripada semua tu, sebab kadang-kadang tu, bila menulis campur-campur bahasa ia akan rasa lebih terekspresi. Fwahh. Haha. Okey ke macam ni? Erkk -__-

Okay, mungkin aku agak kedengaran emo dan apa-apa sajalah yang korang rasa. Tapi sumpah, dah lama aku pendam ni, dan semua yang baca ni tolonglah berubah kalau korang tergolong dalam golongan ni.

Dan maaf jugak jika apa yang aku tulis agak kasar dan ada buat kau terasa dekat mana-mana. Mungkin aku seorang tidak pandai menegur, ya aku memang seorang yang macam tu.  Tapi serius, aku hanya mampu nak menegur dalam ni. Tak tertinggal, jika ada yang aku silap, minta betulkan.

Sekarang, aku dah mula slow-slow unfriend mereka yang berbahasa macam ni dekat Facebook. Aku mintak maaf la ye. Ya, walaupun aku tahu korang bukan hard up sangat nak ‘friend’ dengan aku dekat Facebook. Tapi, sekurang-kurangnya, cukuplah aku bersihkan News Feed aku daripada bahasa-bahasa macam ni.

Haa, ni link video Anwar Hadi  seorang vlogger yang dia memang dah cakap apa yang aku dah lama pendam. Terima kasih Anwar Hadi!

Konklusinya, gunalah Bahasa Melayu dengan betul.

Sekian, wassalam.

{ 8 comments… read them below or add one }

1 nadhirah alias March 1, 2012 at 6:05 PM

lagi nyampah bila dia buat ‘cyg’, ‘ckit’ , ‘cdap’
sumpah, aku geli plus mnyampah. loya bah

anyway good job, yanie. mmg dh lame pon nak tegur org ni. tp tak sampai hati. haha 🙂

Reply

2 Yani March 1, 2012 at 6:47 PM

Kannnnn. Hahahaha. Maknanya bukan Yani sorang la rasa macam ni. LOL. Okay Nad. Thanks anyway 🙂

Reply

3 caenz March 14, 2012 at 8:00 PM

euuuwww euwww naa..haha
tu la, kadang2 tengok blogger gegel je banyak euww euww, tapi blog ni lain. THUMBS UP ( eh trspeakin plk, ckp grammar error tadi :P)

Reply

4 Yani March 14, 2012 at 8:52 PM

Yer, EUWWWW. Haha. Yelah, mmg kadang tak dapat nafi blog perempuan ramai yang macam ni. Alhamdulillah blog ni tak. Hihi. Btw, thankyou!

*Speaking je. Watlekwatcool sudah ;p

Reply

5 caenz March 15, 2012 at 9:40 PM

haha, chillax naaa.. rasanya la kan, gegel2 lain #BBNU kot.. 😀

Reply

6 Yani March 15, 2012 at 11:34 PM

#BBNU tu means?

Reply

7 Akmaomar March 16, 2012 at 9:40 AM

Hahaha…;)

Reply

8 Yani March 16, 2012 at 3:24 PM

Erk -.-‘

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: