Apabila Remaja Sibuk Dengan Politik

by Yani on March 1, 2012 · 7 comments in Opinion

Assalamualaikum wbt.

Saya tak pasti jika post kali ini mungkin akan menampakkan saya seorang yang baik, alim, berlagak baik, jahat atau sebagainya. Oh, sebelum saya lupa, kali ini saya akan menggunakan ‘saya’ sebagai kata ganti diri yang pertama. Dan sebelum saya lupa juga, mungkin post ini agak berbaur politik. Mungkin. Nanti! Jangan tutup dulu. Saya bukan menyebelahkan mana-mana pihak. Dan saya bukan menulis ini untuk berkempen.

Sebenarnya, perkara ini sudah lama saya pendamkan. Sudah lama saya ingin menulis tentang perkara ini, cuma kadang-kadang idea untuk meluahkan itu tidak tercapai dek akal. Dan kali ini, dengan izin Allah saya harap apa yang saya cuba sampaikan ini difahami dengan betul oleh semua orang.

Okey, sejak kebelakangan ini saya mula perasan kebanyakkan remaja yang umurnya sebaya saya bahkan ada yang lebih muda mula melibatkan diri mereka dengan politik, memperjuangkan apa yang parti-parti mereka perjuangkan. Mempertahankan apa yang parti-parti mereka lakukan. Sekaligus, mencela mungkin, menunding jari mungkin, membuka aib mungkin, dan apa-apa yang pantas dilakukan dengan niat menentang sekerasnya parti yang dibangkangnya.

Saya macam agak terpinga-pinga untuk seketika. Berfikir sejenak. Dan mungkin sempat bermonolog dengan diri sendiri. Untuk apa? Untuk apa mereka yang setahun jagung ini sibuk menyelak urusan mereka yang dewasa. Berkempen melebihkan orang dewasa. Yang pada hakikatnya, mereka masih di situ, tidak mampu berbuat apa-apa untuk suatu yang mereka perjuangkan itu memegang sebarang takhta.

“Aku memperjuangkan Islam. Kau apa tahu?”

Ya, memperjuangkan Islam. Kita semua memperjuangkan Islam. Kita semua berharap agar Islam itu diperjuangkan, bukan begitu? Tapi semua juga harus tahu dan sedar Islam itu boleh diperjuangkan dengan banyak cara. Bukan dengan hanya sekadar berpolitik. Lebih-lebih lagi untuk remaja seperti kita, umurnya yang setahun jagung, bertatih dalam usaha mengenal dunia. Kenapa perlu melibatkan diri dengan politik? Hanya dengan alasan memperjuangkan Islam? Begitu?

Kita ditindas.Mereka mempermainkan kita? Kau tak sedar ke? Takkan nak biarkan?

Pada saya buat masa sekarang cukuplah mereka yang dewasa uruskan semua perkara berkaitan dengan politik. Apa lah sangat yang mampu kita lakukan pada saat umurnya kita belasan tahun ini? ‘LIKE’ page tertentu dalam Facebook yang memaparkan aib dan kutukan itu ini, komen gambar itu itu ini, mengutuk itu ini, kemudian berkongsi di wall Facebook anda? Begitu? Kalau lah ada yang perasan, secara tak langsung, akaun dosa pun meningkat.

Alahh. Sama je. Mereka pun buat perkara yang sama.

Ya, sekalipun mereka melakukan perkara yang sama. Kenapa kita perlu mengikut ke arah keburukan? Orang membaling tahi, kita membalas dengan meleset tahi? Begitu? Itu ke Islam yang kita perjuangkan mengajar kita? Kenapa kita tidak mengambil dari sudut pandangan positif seperti menetapkan iman kita untuk tidak melakukan yang sama iaitu memburukkan orang lain.

Dan selemah-lemah iman itu adalah kita yang menahan diri dari membuat sebarang keburukan yang kita lihat orang lain sedang lakukan.

Hanya Dia Yang Satu

Pada saya cukuplah kita yang umurnya masih belum cukup garam dijamah dirasa, cukup dengan hanya sekadar mengambil pengajaran dengan apa yang dewasa kini lakukan, dan bila mana tiba masanya nanti, mungkin itu masa yang sebenar untuk kita bertindak.

Tak sangka, entri untuk 1Mac ni begini pula ceritanya. Lol. Apa-apa pun, selamat datang Mac! Dan anda perlu tahu, kedatangan anda semakin hari semakin memberi itu yang boleh saya katakan seperti suatu perasaan seram kepada semua pelajar lepasan SPM, mungkin. Β Hm.

{ 7 comments… read them below or add one }

1 caenz March 15, 2012 at 9:43 PM

yes , paling sakit hati jenis remaja tak makan saman πŸ˜›
dengar la dulu orang makan garam ke apa ke, ni main ikut kata hati je..phailed

Reply

2 Yani March 15, 2012 at 11:31 PM

Kannn. Pastu dok caci sana caci sini. Diri sendiri bukan boleh buat apa pun. Yelah, tak sampai umur lagi lah katakan.

Reply

3 khairul March 19, 2012 at 12:15 AM

“Ya, memperjuangkan Islam. Kita semua memperjuangkan Islam. Kita semua berharap agar Islam itu diperjuangkan, bukan begitu? Tapi semua juga harus tahu dan sedar Islam itu boleh diperjuangkan dengan banyak cara. Bukan dengan hanya sekadar berpolitik. Lebih-lebih lagi untuk remaja seperti kita, umurnya yang setahun jagung, bertatih dalam usaha mengenal dunia. Kenapa perlu melibatkan diri dengan politik? Hanya dengan alasan memperjuangkan Islam? Begitu?”

kalau budak2 muda xperjuangkan islam, sape lg?

Kata-kata Saidina Ali, β€˜ Untuk melihat pemimpin pada masa hadapan, lihatlah remaja pada hari ini’.

Reply

4 Yani March 19, 2012 at 12:03 PM

Harap awak faham, apa yang cuba disampaikan. Iaitu Islam boleh diperjuangkan dengan banyak cara. Tidak kiralah budak2 mahupun dewasa.

Apa2 pun, terima kasih sebab sudi komen, yer. Heh πŸ™‚

Reply

5 khairul March 25, 2012 at 1:19 PM

adakah anda merasakan negara kita sekarang ni negara Islam? mengapa bekas Perdana Menteri sendiri mengatakan hukum hudud itu adalah rekaan ahli feqah? sedangkan dalam Al-quran ada menyebut hududullah.. iaitu hudud Allah..

Jika kita ragu dengan Al-quran, bererti kita ragu dengan Allah..
Jika tolak 1 huruf dari Al-quran, ianya telah menjadi keluar dari Islam..
Ini berkaitan dengan Akidah..

Reply

6 Yani March 25, 2012 at 5:53 PM

Berkaitan dgn soalan saudara, maaflah, saya pun cetek ilmu nak berdebat perkara ni. Dan saya pun rasa apa yang saudara komen ni lari dari apa yang sebenarnya saya ingin suarakan. Tp tak mengapa, itu semua hak saudara menyuarakan pendapat.

“Jika kita ragu dengan Al-quran, bererti kita ragu dengan Allah..
Jika tolak 1 huruf dari Al-quran, ianya telah menjadi keluar dari Islam..
Ini berkaitan dengan Akidah..”

Apa-apa pun terima kasih untuk ini.

Reply

7 waqi February 17, 2013 at 4:23 AM

Very impressive..ur tulisan sngat matang lol..xsgkeeee…org yg aq kenal sbnrny begini….festime bce mu punyer blog..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: